Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] HARI KEBANGSAAN 2025: 20 KALI BERTEMPUR LAWAN KOMUNIS

Diterbitkan: 09 Sep 2025 6.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Marang, 7 September 2025 - Pengalaman bertempur dengan pengganas komunis menjadi antara kisah yang tidak dapat dilupakan seorang veteran polis sewaktu menyertai skuad Pasukan elit, 69 Komando pada lewat 1970-an hingga 1980-an.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-kebangsaan-2025-20-kali-bertempur-lawan-komunis-20250909
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:21 MYT
Marang, 7 September 2025 - Pengalaman bertempur dengan pengganas komunis menjadi antara kisah yang tidak dapat dilupakan seorang veteran polis sewaktu menyertai skuad Pasukan elit, 69 Komando pada lewat 1970-an hingga 1980-an.

Sub Inspektor Danial Ali, 68, yang menyertai Batalion 12 Pasukan Polis Hutan (kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am) Kubang Badak, Kuala Nerus pada 1979 pernah menyertai lebih 20 operasi membanteras komunis sehinggalah kumpulan pengganas itu menamatkan penentangan pada lewat tahun 1980-an.

“Antara operasi yang pernah saya sertai ialah Op Junjung Karangan di Kedah, Op Hentam Galas (Kelantan), Op Indra (Pahang), Op Kota Ecco (Perak) dan Op Ukur (Cuping, Perlis hingga Batu Melintang, Kelantan).
"Saya juga pernah menyertai Op Ukur dan Selamat Sawadi yang diadakan secara bersepadu bersama Angkatan Tentera Malaysia dan tentera Thailand di sempadan negara,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 1 person, slow loris and text
ArtikelDiterbitkan 09 Sep 2025 6.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM