Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Hari Kebangsaan 2024 Allahyarham Koperal Mohd Azrul Dipilih Tokoh Kemerdekaan Selangor

Diterbitkan: 01 Sep 2024 2.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Shah Alam, 1 September 2024 - Anggota polis, Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran yang terkorban dalam peristiwa berdarah di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah pada 2013 dipilih sebagai Tokoh Kemerdekaan Negeri Selangor 2024.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-kebangsaan-2024-allahyarham-koperal-mohd-azrul-dipilih-tokoh-kemerdekaan-selangor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:09 MYT
Shah Alam, 1 September 2024 - Anggota polis, Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran yang terkorban dalam peristiwa berdarah di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah pada 2013 dipilih sebagai Tokoh Kemerdekaan Negeri Selangor 2024.
Allahyarham Koperal Mohd Azrul diangkat sebagai tokoh kemerdekaan negeri atas sumbangan luar biasa dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari kepada ibu Allahyarham, Puan Sadiah Mohd Amin pada sambutan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini malam semalam.
Allahyarham Koperal Mohd Azrul yang berasal dari Kampung Rantau Panjang, Klang adalah seorang daripada enam anggota polis yang maut diserang hendap sekumpulan pengganas semasa menyertai Op Daulat bagi memerangi pengganas Sulu pada 2 Mac 2013.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
 
ArtikelDiterbitkan 01 Sep 2024 2.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM