Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 127 Warga Asing Diselamatkan Sejak Januari Lalu

Diterbitkan: 01 Sep 2024 3.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Menurutnya, polis menyelamatkan 73 individu iaitu 25 lelaki, 26 wanita serta 22 kanak-kanak lelaki. Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-127-warga-asing-diselamatkan-sejak-januari-lalu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:58 MYT
KERATAN AKHBAR PILIHAN: 127 WARGA ASING DISELAMATKAN SEJAK JANUARI LALU

Kuala Lumpur, 1 September 2024 - Polis Diraja Malaysia menyelamatkan 137 warga asing termasuk kanak-kanak yang menjadi mangsa eksploitasi buruh menerusi Op Pintas Mega bermula Januari sehingga Ogos tahun ini.
Operasi yang dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu turut menahan 398 individu.

Ketua Penolong Pengarah D3 JSJ Bukit Aman, SAC Soffian Santong berkata, operasi banteras jenayah pemerdagangan orang secara holistik tahun ini dibuat di seluruh negara menerusi dua fasa.
Katanya, fasa pertama pada Januari berjaya melaksanakan 42 serbuan dan menahan 285 individu membabitkan tempatan dan asing.
“Seramai 64 mangsa telah diselamatkan terdiri daripada 12 lelaki dan 22 wanita selain 10 kanak-kanak lelaki serta 20 kanak-kanak perempuan," katanya.
Tambah beliau, fasa kedua pada Jun lalu pula merekodkan 33 serbuan dengan 113 tangkapan warga tempatan dan asing.

Menurutnya, polis menyelamatkan 73 individu iaitu 25 lelaki, 26 wanita serta 22 kanak-kanak lelaki.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.
 
ArtikelDiterbitkan 01 Sep 2024 3.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM