
Article
Keratan Akhbar Pilihan Hari Kebangsaan 2024 Allahyarham Koperal Mohd Azrul Dipilih Tokoh Kemerdekaan Selangor
Shah Alam, 1 September 2024 - Anggota polis, Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran yang terkorban dalam peristiwa berdarah di Kampung Sri Jaya, Simunul, Sempo...
Shah Alam, 1 September 2024 - Anggota polis, Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran yang terkorban dalam peristiwa berdarah di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah pada 2013 dipilih sebagai Tokoh Kemerdekaan Negeri Selangor 2024.
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari kepada ibu Allahyarham, Puan Sadiah Mohd Amin pada sambutan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini malam semalam.
Allahyarham Koperal Mohd Azrul yang berasal dari Kampung Rantau Panjang, Klang adalah seorang daripada enam anggota polis yang maut diserang hendap sekumpulan pengganas semasa menyertai Op Daulat bagi memerangi pengganas Sulu pada 2 Mac 2013.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.