Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Hari Kebangsaan 2023 Bekas Polis Jadi Saksi Dua Rakan Ditembak Komunis

Diterbitkan: 11 Sep 2023 7.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bachok, 11 September 2023 – Seorang bekas anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) masih mengingati peristiwa bertempur dengan komunis sehingga dua rakan karibnya terkorban di depan mata semasa operasi di kawasan Hutan Lambun dekat sini kirakira 48 tahun lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hari-kebangsaan-2023-bekas-polis-jadi-saksi-dua-rakan-ditembak-komunis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:24 MYT
Bachok, 11 September 2023 – Seorang bekas anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) masih mengingati peristiwa bertempur dengan komunis sehingga dua rakan karibnya terkorban di depan mata semasa operasi di kawasan Hutan Lambun dekat sini kirakira 48 tahun lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Konstabel Hassan@Yusoff Jaafar, 76, berkata, dua rakannya yang dikenali Mat Yassin dan Mat Yusoff itu maut semasa dia bersama-sama 30 anggota menaiki kenderaan sebelum bertembung komunis.
Menurutnya, anggota komunis kemudiannya melepas tembakan bertubi-tubi ke arah kenderaan PPH sebelum terkena dua rakan setugasnya.
“Dua rakan saya terkorban di lokasi kejadian. Melihat kekuatan kami yang semakin lumpuh, anggota komunis datang merampas senjata anggota PPH sebelum mereka melarikan diri.

“Saya bersama anggota lain terus mengangkat dua rakan yang berlumuran darah ke dalam kenderaan sebelum mereka dibawa keluar dari kawasan hutan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di pekan Bachok di sini semalam.
Bercerita lanjut, Konstabel Hassan yang mula berkhidmat sebagai anggota PPH pada 1969, berhenti 13 tahun kemudian selepas trauma dengan kejadian yang menimpa dua rakannya yang maut di depan mata.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

 
ArtikelDiterbitkan 11 Sep 2023 7.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM