Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 40 Calon Terpilih Latihan Konstabel Orang Asli Yp1 Pdrm

Diterbitkan: 11 Sep 2023 6.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ipoh, 11 September 2023 - Seramai 512 Orang Asli memohon jawatan Konstabel Orang Asli YP1 Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun ini dan 40 calon berjaya dipilih bagi mengikuti latihan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-40-calon-terpilih-latihan-konstabel-orang-asli-yp1-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:57 MYT
Ipoh, 11 September 2023 - Seramai 512 Orang Asli memohon jawatan Konstabel Orang Asli YP1 Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun ini dan 40 calon berjaya dipilih bagi mengikuti latihan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Datuk Hjh. Sapiah Dato’ Mohd Nor berkata, daripada keseluruhan permohonan yang diterima, hanya 75 pemohon melepasi saringan awal dari segi akademik serta hadir dalam eksesais temu duga yang bermula 19 Jun hingga 22 Jun lalu.

Katanya, JAKOA komited dalam mengurangkan kadar pengangguran masyarakat Orang Asli justeru pelbagai program dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran dan peluang kerjaya kepada golongan berkenaan.

“Seramai 3,000 belia Orang Asli sudah menerima manfaat daripada program-program yang dilaksanakan bermula 2022,” katanya ketika Majlis Perasmian Penutup Program Transformasi Minda Insan Calon Konstabel Orang Asli Gred YP1 Tahun 2023 di sini, kelmarin.

Program Transformasi Minda Insan Calon Konstabel Orang Asli adalah program dilaksanakan JAKOA sebagai persediaan kepada calon Konstabel Orang Asli sebelum menjalani latihan asas kepolisian selama enam bulan di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta di sini bermula semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akbar terbitan Harian Metro.

 
ArtikelDiterbitkan 11 Sep 2023 6.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM