
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Hari Ini Dalam Sejarah Peluang Terakhir Komunis Serah Diri
Hari ini di tahun 1972, pasukan keselamatan telah menggugurkan kira-kira 50,000 risalah di pinggir hutan Kawasan Gerakan Setia di Perak bagi menyeru pihak peng...
Hari ini di tahun 1972, pasukan keselamatan telah menggugurkan kira-kira 50,000 risalah di pinggir hutan Kawasan Gerakan Setia di Perak bagi menyeru pihak pengganas komunis agar menyerah diri dan meletakkan senjata.
Pengguguran risalah tersebut adalah inisiatif kerajaan pada ketika itu dalam memberi peluang terakhir kepada pengganas komunis untuk meninggalkan perjuangan yang sia-sia sebelum digempur pasukan keselamatan secara habis-habisan.
Bersamalah kita berdoa agar Malaysia tanah tumpah darah yang kita cintai ini akan terus dilimpahkan keamanan, kemakmuran, keselamatan dan dijauhkan dari sebarang anasir-anasir subversif dari negara luar.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.