
Artikel
Artikel Pilihan Pertahan Institusi Polis
Kuala Lumpur, 14 Jun 2021 - Masyarakat diminta untuk tidak mencemuh dan memperlekehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya kerana segelintir daripada mereka ter...
Kuala Lumpur, 14 Jun 2021 - Masyarakat diminta untuk tidak mencemuh dan memperlekehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya kerana segelintir daripada mereka terbabit dengan isu salah laku.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, majoriti anggota dan pegawai polis menjalankan tugas dan amanah dengan penuh dedikasi.
"Mereka menjalankan tugas dengan segala upaya untuk membanteras jenayah, jangan kerana ada anggota yang tidak berdisiplin kita mencemuh bahawa seluruh institusi polis rosak seperti peribahasa 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
"Saya berpendapat institusi polis harus dipertahankan dan tidak diperlekehkan kerana beberapa kejadian salah laku yang berlaku," katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, PDRM juga perlu meneruskan program bagi meningkatkan integriti dan disiplin anggota supaya mereka menjauhi kegiatan yang tidak bermoral dan berakhlak.