Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Hanya Pegawai Inspektor Ke Atas Boleh Periksa Telefon Bimbit Kpn

Published: 22 Jan 2025 6.10 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-hanya-pegawai-inspektor-ke-atas-boleh-periksa-telefon-bimbit-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:00 MYT
Kuala Lumpur, 22 Januari 2025 - Pemeriksaan telefon bimbit terhadap individu yang benar-benar disyaki melakukan sesuatu kesalahan hanya akan dilakukan oleh pegawai berpangkat Inspektor ke atas.

Justeru, pemeriksaan yang dijalankan polis tidak akan dibuat secara sewenang-wenangnya di tempat awam tanpa sebab dan alasan yang kukuh.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihak polis hanya akan menjalankan pemeriksaan terhadap telefon bimbit orang yang disyaki dalam sesuatu kes.

“Maksudnya mesti ada maklumat, risikan atau syak wasangka yang munasabah yang menunjukkan seseorang individu telah melakukan kesalahan atau jenayah.
“Ini menyebabkan individu itu dicurigai,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tan Sri Razarudin berkata, pihaknya memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pihak polis tidak akan sewenang-wenangnya atau secara rambang memeriksa telefon bimbit individu di tempat awam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 22 Jan 2025 6.10 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM