Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Halang Ambulans Pemandu Kereta Ada Masalah Mental

Diterbitkan: 28 Jan 2024 5.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 28 Januari 2024 - Pemandu wanita yang menghalang ambulans di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini, kelmarin disahkan mengalami masalah psikiatri.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-halang-ambulans-pemandu-kereta-ada-masalah-mental
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:25 MYT
Kuala Lumpur, 28 Januari 2024 - Pemandu wanita yang menghalang ambulans di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini, kelmarin disahkan mengalami masalah psikiatri.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya mengesan pemandu kereta berusia 41 tahun itu selepas pemandu ambulans membuat laporan polis.
“Pemandu kereta model Toyota Camry itu dibawa ke Balai Polis Trafik bagi tujuan siasatan.

“Bagaimanapun, pemandu kenderaan berkenaan didapati menghadapi masalah psikiatri dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan rawatan serta mendapatkan laporan perubatan,” katanya, semalam.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-2026 0267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

 
ArtikelDiterbitkan 28 Jan 2024 5.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM