Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Penugasan Anggota Jspt Kl Pada Raptai Istiadat Keberangkatan Balik Ydp Agong

Diterbitkan: 28 Jan 2024 3.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 28 Januari 2024 - Penugasan penutupan laluan oleh anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur (KL) di beberapa jalan utama dan lebuh raya sekitar ibu kota bagi raptai Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pagi ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-penugasan-anggota-jspt-kl-pada-raptai-istiadat-keberangkatan-balik-ydp-agong
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:20 MYT
Kuala Lumpur, 28 Januari 2024 - Penugasan penutupan laluan oleh anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur (KL) di beberapa jalan utama dan lebuh raya sekitar ibu kota bagi raptai Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pagi ini.

Penutupan laluan secara berperingkat itu telah dibuat mulai jam 9 pagi di Jalan Damansara, Jalan Sultan Abdul Halim dan Lebuhraya Sultan Iskandar menuju ke Jalan Parlimen.
Penutupan penuh laluan turut dilakukan di Jalan Kuching, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tun Perak menuju ke Bulatan Datuk Onn, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Travers, Jalan Sultan Hishamuddin dan Jalan Tun Sambanthan menuju ke Jalan Damansara.

Turut ditutup Jalan Syed Putra dan Jalan Dewan Bahasa menuju ke Jalan Istana, Jalan Sungai Besi ke arah Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Jalan Connaught dari arah Lebuhraya Syed Putra dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dari arah Pantai Dalam.

Sumber: JSPT KL

 
ArtikelDiterbitkan 28 Jan 2024 3.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM