Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Had Laju Jalan Persekutuan 80km J Sempena Tahun Baharu Cina

Diterbitkan: 28 Jan 2025 1.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 28 Januari 2025 - Had laju di semua jalan Persekutuan di seluruh negara akan diturunkan daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80km/j bermula hari ini hingga 2 Februari depan, sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-had-laju-jalan-persekutuan-80km-j-sempena-tahun-baharu-cina
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:31 MYT

Kuala Lumpur, 28 Januari 2025 - Had laju di semua jalan Persekutuan di seluruh negara akan diturunkan daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80km/j bermula hari ini hingga 2 Februari depan, sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, berkata penurunan sementara had laju selama enam hari sepanjang Op Bersepadu itu bertujuan meminimumkan risiko kemalangan jalan raya.

“Sepanjang tempoh itu, kerja pembinaan dan penyenggaraan jalan yang tidak kritikal akan dihentikan sementara supaya tidak mengganggu aliran trafik, manakala kerja kecemasan yang perlu disegerakan demi keselamatan pengguna akan dirancang sebaiknya.

“Sekiranya perlu, laluan alternatif akan disediakan supaya tidak mengganggu perjalanan pengguna ke destinasi dituju,” katanya menerusi kenyataan kepada BERNAMA, semalam.

Selain itu, bagi memastikan kelancaran lebuh raya, Dato Sri Alexander Nanta turut mengarahkan syarikat Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghentikan sementara kerja pelebaran lorong di jajaran Sedenak-Kulai bermula 23 Januari hingga 3 Februari ini.

Dato Sri Alexander Nanta menyarankan semua pengguna jalan raya bersiap siaga sebelum melakukan perjalanan, termasuk menjaga kesihatan, berehat secukupnya sebelum dan ketika perjalanan supaya tidak keletihan melampau serta mengantuk ketika memandu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'Had laju jalan Persekutuan 8okm/j sempena Tahun Baharu Cina Penurunan sementara bermula hari ini sehingga F


ArtikelDiterbitkan 28 Jan 2025 1.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM