Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Guna Teknologi Ai Cegah Nahas Berpunca Pemandu Mabuk

Published: 23 Dec 2024 2.03 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Memandu dalam keadaan mabuk atau di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian dikesan antara kesalahan tertinggi kes kemalangan jalan raya, walaupun Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) memperuntukkan hukuman berat kepada pemandu mabuk. Berdasarkan perangkaan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Polis Diraja Malaysia, sebanyak 149 kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk didakwa mengikut Seks
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-guna-teknologi-ai-cegah-nahas-berpunca-pemandu-mabuk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:44 MYT
Memandu dalam keadaan mabuk atau di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian dikesan antara kesalahan tertinggi kes kemalangan jalan raya, walaupun Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) memperuntukkan hukuman berat kepada pemandu mabuk.

Berdasarkan perangkaan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Polis Diraja Malaysia, sebanyak 149 kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk didakwa mengikut Seksyen 44 akta berkenaan antara Januari 2021 hingga September lalu. Ia menimbulkan persoalan, sama ada pengguna jalan raya menyedari pindaan itu atau tidak ambil peduli hukuman berat diperuntukkan undang-undang itu.

Ikuti temu bual khas bersama Profesor Madya Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr. Law Teik Hua yang berkongsi berkenaan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mencegah nahas berpunca pemandu mabuk menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 23 Dec 2024 2.03 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM