
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Guna Ekzos Bising Nak Cari Kepuasan
Kesemua penunggang itu bagaimanapun ditahan menerusi Op Bersepadu yang dijalankan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di Hentian Rehat...
Kuala Lumpur, 21 Jun 2023 - Mahu tarik perhatian penunggang lain dan inginkan kepuasan antara alasan pemilik yang mengubah suai motosikal menggunakan ekzos bising.
Kesemua penunggang itu bagaimanapun ditahan menerusi Op Bersepadu yang dijalankan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, Negeri Sembilan Sabtu lalu.
Pengarah JSPT, CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim berkata, operasi pada jam 11 malam itu turut melibatkan Jabatan Alam Sekitar dan Agensi Antidadah Kebangsaan.
“Polis telah mengeluarkan 186 saman kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan.
“Kesalahan dikesan ialah nombor plat (61), cermin sisi (35), aksesori tidak sempurna (32), tiada lesen memandu (17), tidak pamer pelekat L/P (
dan lain-lain kesalahan,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.