
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Guna Dron Tumpaskan Kilang E Waste
Sungai Siput, 17 Februari 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta berjaya menumpaskan kegiatan memproses sisa buangan elektronik atau "e-waste" di sebuah kil...
Sungai Siput, 17 Februari 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta berjaya menumpaskan kegiatan memproses sisa buangan elektronik atau "e-waste" di sebuah kilang di sini baru-baru ini, hasil intipan lebih sebulan termasuk menggunakan dron.
Premis itu terletak berdekatan kawasan industri, kira-kira dua kilometer pendalaman dari jalan utama yang menghubungkan Ipoh dan Sungai Siput.
Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, SAC Shahrum Hashim berkata, dalam serbuan pada 15 Februari lalu, seramai 27 individu ditahan terdiri termasuk beberapa warga Myanmar dan China serta seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dipercayai anak kepada pekerja Myanmar.
Mereka yang ditahan itu berusia antara dua hingga 60 tahun dan warga asing yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk semakan dokumen.
“Seorang daripada warga China itu merupakan penjaga makmal yang mungkin membuat kajian,” katanya ketika meninjau kilang tersebut bersama Jabatan Alam Sekitar Perak di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
