Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Guna Aset Dron Dan Skuadron Kereta Perisai Kekang Jenayah Seludup Daun Ketum

Diterbitkan: 12 May 2022 1.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 12 Mei 2022 - Penggunaan aset seperti dron dan skuadron kereta perisai sepanjang penugasan di sempadan darat Malaysia -Thailand berjaya mengekang kegiatan penyeludupan daun ketum pada musim perayaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-guna-aset-dron-dan-skuadron-kereta-perisai-kekang-jenayah-seludup-daun-ketum
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:16 MYT
Shah Alam, 12 Mei 2022 - Penggunaan aset seperti dron dan skuadron kereta perisai sepanjang penugasan di sempadan darat Malaysia -Thailand berjaya mengekang kegiatan penyeludupan daun ketum pada musim perayaan.
Timbalan Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), ACP Mohd Noh Khamis berkata, bermula pada Hari Raya Aidilfitri pertama pada 2 Mei, rekod trend penyeludupan menurun begitu ketara sekali. “Ini kerana batalion yang menjalankan penugasan di sepanjang sempadan darat di utara semenanjung telah meningkatkan pemantauan dan rondaan. "Bagi tempoh sembilan hari bermula 2 Mei, hanya satu kes tangkapan melibatkan seorang lelaki warga Myanmar yang cuba menyeludup lima ekor anjing baka American Bulldog dengan nilai RM25,000,” katanya eksklusif kepada Sinar Harian pada Rabu. Mengulas lanjut, ACP Mohd Noh berkata, sindiket penyeludupan daun ketum sentiasa mengubah kawasan dan laluan bagi mengelirukan pasukan keselamatan. Katanya, pihak PGA telah menggunakan aset-aset yang dimiliki seperti dron untuk membuat pemantauan selain atur gerak anggota skuadron kereta perisai yang berpangkalan di Ulu Kinta, Perak dan Kulim, Kedah bagi meningkatkan kawalan secara maksimum di lokasi 'hotspot'.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

 
ArtikelDiterbitkan 12 May 2022 1.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM