Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Gempur Stor 120 800 Rokok Seludup

Diterbitkan: 17 Oct 2024 3.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kota Bharu, 17 Oktober 2024 - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok disyaki dari negara jiran apabila merampas 120,800 rokok bernilai lebih RM133,000 dalam Op Kontraban di Kampung Pengkalan Nangka Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-gempur-stor-120-800-rokok-seludup
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:07 MYT
Kota Bharu, 17 Oktober 2024 - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok disyaki dari negara jiran apabila merampas 120,800 rokok bernilai lebih RM133,000 dalam Op Kontraban di Kampung Pengkalan Nangka Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.

Operasi oleh Batalion 8 PGA pada jam 9.25 malam dijalankan sepasukan anggota di sebuah stor di lokasi itu.

Komander Briged Tenggara, SAC Dato’ Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, Batalion 8 PGA berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok.

Di samping itu, katanya, operasi dilakukan hasil maklumat penyeludupan dan pemeriksaan mendapati lebih 112,000 rokok putih bernilai RM123,222 dan lebih 8,800 rokok keretek bernilai RM10,648 ditemui dalam stor.

“Seorang lelaki berusia 43 tahun dipercayai menjadi pengedar rokok ke pasaran tempatan ditahan.

“Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.

May be an image of tea, hair product and text that says 'Bharu: Pasukan Gera- kan Am (PGA) berjaya me- kegiatan ludupan rokok disyaki dari negara apabila 1
ArtikelDiterbitkan 17 Oct 2024 3.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM