Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Gangguan Seksual Tidak Sepatutnya Berlaku Di Sekolah

Published: 19 Mar 2024 5.13 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Petaling Jaya, 19 Mac 2024 - Kes-kes gangguan seksual melibatkan golongan pendidik tidak sepatutnya berlaku di sekolah kerana amanah guru adalah melindungi dan membimbing pelajar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-gangguan-seksual-tidak-sepatutnya-berlaku-di-sekolah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:20 MYT
Petaling Jaya, 19 Mac 2024 - Kes-kes gangguan seksual melibatkan golongan pendidik tidak sepatutnya berlaku di sekolah kerana amanah guru adalah melindungi dan membimbing pelajar.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan berkata, berdasarkan analisis, sebanyak enam peratus daripada kira-kira 5,000 kes gangguan seksual dilaporkan berlaku di sekolah dalam tempoh lima tahun sejak 2019 hingga 2013.
Menurut beliau, walaupun jumlah itu nampak ‘kecil’ iaitu kira-kira 300 kes, namun ia tidak sepatutnya berlaku sama sekali.

“Mereka (guru) ini pendidik yang sepatutnya melindungi, bukan memberi ancaman sehingga menakutkan pelajar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
SAC Siti Kamsiah berkata, apa-apa perbuatan dan percakapan mengaibkan dianggap sebagai kesalahan gangguan seksual dan boleh berlaku di mana-mana iaitu sekolah, rumah atau lain-lain tempat.

“Jadi, sebarang kes yang dianggap gangguan seksual termasuk meraba dan mengeluarkan kata-kata mengaibkan di sekolah boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

 
ArticlePublished 19 Mar 2024 5.13 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM