
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Fakta Hari Ini Datuk Wira Hj Hamza Pjp Negeri Pertama Berpangkat Cp
Hari ini pada 12 April 2013, Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah ketika itu, Datuk Wira Hj. Hamza Taib dinaikkan pangkat daripada Deputi Komisioner (DCP) kepada Komi...
Hari ini pada 12 April 2013, Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah ketika itu, Datuk Wira Hj. Hamza Taib dinaikkan pangkat daripada Deputi Komisioner (DCP) kepada Komisioner Polis (CP).
Ini berikutan komitmen beliau yang begitu tinggi dalam operasi menentang pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu pada Februari 2013. Usaha itu melayakkan beliau diiktiraf Polis Diraja Malaysia (PDRM) seterusnya diberikan kenaikan pangkat.
Kenaikan pangkat itu menjadikan Datuk Wira Hj. Hamza sebagai ketua polis negeri pertama bertaraf CP di negara ini setaraf dengan pangkat pengarah jabatan PDRM di Bukit Aman.
Pencerobohan pengganas Sulu yang bermula 12 Februari 2013 mendorong pihak berkuasa melancarkan Op Daulat pada 5 Mac. Seramai 68 pengganas Sulu dan 10 perajurit negara telah terkorban dalam kejadian tersebut.
Sumber: Kosmo