Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Enam Pelumba Drag Ditahan Polis Bersama 120 Penonton Dalam Perlumbaan Haram Di Plaza Tol Skudai

Diterbitkan: 14 Feb 2022 4.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, turut ditahan 120 penonton dalam operasi yang dijalankan hasil risikan polis selama sebulan selepas menerima aduan pengguna lebuh raya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-enam-pelumba-drag-ditahan-polis-bersama-120-penonton-dalam-perlumbaan-haram-di-plaza-tol-skudai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:00 MYT
Johor Bahru, 14 Februari 2022 - Enam pelumba drag ditahan terbabit dengan perlumbaan haram yang menawarkan wang dan wanita sebagai hadiah dalam operasi khas di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Plaza Tol Skudai, Johor awal pagi semalam.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, turut ditahan 120 penonton dalam operasi yang dijalankan hasil risikan polis selama sebulan selepas menerima aduan pengguna lebuh raya.

Katanya, operasi yang bermula jam 2 pagi itu membabitkan 60 anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan selain Jabatan Alam Sekitar.

Sebuah bas kilang turut digunakan bagi menutup laluan lebuh raya arah selatan itu bagi memastikan semua enam pelumba dan 120 penonton yang membabitkan 105 lelaki dan 19 wanita itu berusia antara 18 hingga 45 tahun itu, tidak lolos.

Dalam pada itu, Dato’ Kamarul Zaman berkata, semua enam pemandu itu yang berusia antara 22 hingga 25 tahun itu direman bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Kanun Keseksaan, Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 81 APJ 1987.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 4 people, car, outdoors and text that says 'at机 Wang, wanita menjadi taruhan 6 pelumba ditahan bersama 120 penonton dalam perlumbaan h


ArtikelDiterbitkan 14 Feb 2022 4.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM