Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Cubaan Melarikan Diri Gagal 25 Pati Ditahan Ppm

Diterbitkan: 14 Feb 2022 6.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Cubaan sebuah bot pom-pom membawa 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) melarikan diri ketika dikejar pihak berkuasa gagal apabila mereka ditahan di sekitar perairan Sungai Buloh, Selangor di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-cubaan-melarikan-diri-gagal-25-pati-ditahan-ppm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:05 MYT
Kuala Selangor, 14 Februari 2022 - Cubaan sebuah bot pom-pom membawa 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) melarikan diri ketika dikejar pihak berkuasa gagal apabila mereka ditahan di sekitar perairan Sungai Buloh, Selangor di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, kesemua warga Indonesia berusia antara 20 hingga 53 tahun ditangkap selepas bot yang dinaiki mengalami kerosakan.

Selain 22 penumpang, penahanan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang itu turut melibatkan seorang tekong dan dua awak-awak.

Komander PPM Wilayah Satu, ACP Tuan Shamsol Kassim berkata, operasi itu dijalankan hasil maklumat mengenai kehadiran bot pom-pom yang menjalankan aktiviti penyeludupan migran melalui jalan laut.

Kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Pengkalan Marin bagi urusan dokumentasi sebelum diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and text
ArtikelDiterbitkan 14 Feb 2022 6.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM