Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Enam Lelaki Ditahan Promosi Kongsi Gelap Di Tiktok

Diterbitkan: 12 Mar 2025 7.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Shah Alam, 12 Mac 2025 - Polis memberkas enam individu dipercayai terlibat mempromosi dakyah kongsi gelap di aplikasi TikTok.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-enam-lelaki-ditahan-promosi-kongsi-gelap-di-tiktok
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:36 MYT
 
Shah Alam, 12 Mac 2025 - Polis memberkas enam individu dipercayai terlibat mempromosi dakyah kongsi gelap di aplikasi TikTok.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, semua tangkapan dibuat minggu lalu menerusi operasi khas membabitkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, IPD Kajang, IPD Ampang Jaya, IPD Klang Utara serta IPD Gombak.

Katanya, semua tangkapan merupakan lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 40-an.

“Semakan rekod lampau mendapati seorang suspek memiliki 12 rekod jenayah dan satu kes dadah, seorang suspek memiliki tiga rekod jenayah dan seorang lagi memiliki dua rekod jenayah.

“Polis membuka enam kertas siasatan mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana menyiarkan dakyah pertubuhan menyalahi undang-undang dan Seksyen 43 akta sama kerana menganggotai pertubuhan haram,” katanya.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar pilihan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an illustration of 1 person and text

ArtikelDiterbitkan 12 Mar 2025 7.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM