
Artikel
Kpn Hadir Mesyuarat Pasca Kabinet Kdn Bilangan 6 Tahun 2025
Klang, 13 Mac 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 6 Tahun 2...
Klang, 13 Mac 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 6 Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat Batimetri, Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Pelabuhan Klang, di sini, petang semalam.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu turut dihadiri Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman.
Antara intipati perbincangan mesyuarat tersebut adalah pembentangan daripada wakil-wakil jabatan dan agensi di bawah KDN berkenaan bidang tugas masing-masing, selain isu-isu semasa serta keselamatan berkaitan KDN.
Seusai itu, Tan Sri Razarudin bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution turut berkesempatan menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah sebelum menikmati juadah berbuka puasa bersama para tetamu dan anak-anak kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Kapal Maritim Tun Fatimah.
Hadir sama, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan KSU (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Hj. Makhzan Mahyuddin, Timbalan KSU (Pengurusan) KDN, Encik Fakhrul Razi Ab Wahab, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hj. Mohd Rosli Abdullah dan Komander Eastern Sabah Security Command, DCP Datuk Victor Sanjos.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar






