
Article
Keratan Akhbar Pilihan Enam Disyaki Terbabit Pengubahan Wang Haram Ditahan
Tawau, 13 Oktober 2024 - Enam individu termasuk pasangan suami isteri dan seorang lelaki warga Indonesia ditahan kerana disyaki terbabit aktiviti pengubahan wa...
Tawau, 13 Oktober 2024 - Enam individu termasuk pasangan suami isteri dan seorang lelaki warga Indonesia ditahan kerana disyaki terbabit aktiviti pengubahan wang haram dalam Operasi Jenayah Rentas Sempadan di beberapa lokasi berasingan di sini, semalam.
Komander Eastern Sabah Security Command, DCP Datuk Victor Sanjos berkata, operasi yang diselaraskan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman telah menyerbu sembilan premis perniagaan, termasuk kediaman sekitar daerah ini.
“Hasil serbuan, seramai enam suspek, termasuk pasangan suami isteri terdiri empat lelaki dan dua wanita masing-masing berumur antara 40 hingga 47 tahun berjaya ditahan.
“Dalam serbuan itu, wang tunai berjumlah RM1,412,932.00 turut dirampas bersama beberapa peralatan seperti telefon dan dokumen serta fail dipercayai berkaitan aktiviti haram yang dijalankan,” katanya dalam kenyataan media semalam.
Mengulas lanjut Datuk Victor berkata, semua individu terbabit ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.