Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Pengarah Jsj Hadir Program Inter Agency Retreat On Cybercrimes Tangani Jenayah Dalam Talian

Diterbitkan: 13 Oct 2024 2.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ikuti sedutan rakaman Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menghadiri program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara iaitu "Inter-Agency Retreat on Cybercrimes" di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-pengarah-jsj-hadir-program-inter-agency-retreat-on-cybercrimes-tangani-jenayah-dalam-talian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:10 MYT
Ikuti sedutan rakaman Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menghadiri program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara iaitu "Inter-Agency Retreat on Cybercrimes" di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Program yang diadakan selama tiga hari itu melibatkan penyertaan lebih 100 peserta dari pelbagai agensi penguatkuasaan, yang bertujuan memperhalusi isu dan permasalahan yang dihadapi dalam menangani jenayah dalam talian melalui aspek teknikal, operasi, siasatan serta pendakwaan.
Dato' Seri Mohd Shuhaily turut berkongsi mengenai aspek pengoperasian, siasatan dan cabaran yang dihadapi Polis Diraja Malaysia dalam usaha membanteras kegiatan jenayah tersebut.
Turut sama hadir sepanjang program tersebut ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Seri Ramli Mohamed Yoosuf dan Ketua Penolong Pengarah D11, SAC Siti Kamsiah Hassan.
Sementara itu dalam ucapan penutupan oleh Menteri Komunikasi, Tuan Fahmi Fadzil, beliau menekankan mengenai pentingnya untuk semua agensi menggembleng usaha dalam menangani jenayah siber yang semakin membimbangkan.
Hadir sama, Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan barisan pegawai kanan JSJ Bukit Aman.

ArtikelDiterbitkan 13 Oct 2024 2.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM