Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Empat Suspek Kes Tebuk 44 Peti Besi Mati Ditembak

Published: 14 Nov 2024 6.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 14 November 2024 - Polis menembak mati empat penjenayah warga Vietnam yang disyaki terbabit dalam 44 kes tebuk peti besi di sekitar Lembali Klang, sejak 2018.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-empat-suspek-kes-tebuk-44-peti-besi-mati-ditembak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:32 MYT
Kuala Lumpur, 14 November 2024 - Polis menembak mati empat penjenayah warga Vietnam yang disyaki terbabit dalam 44 kes tebuk peti besi di sekitar Lembali Klang, sejak 2018.

Keempat-empat suspek ditembak semasa sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Anian dan JSJ Kuala Lumpur menyerbu unit kediaman di tingkat 17, sebuah residensi mewah di Jalan Imbi, Bukit Bintang, di sini, jam 11.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, kesemua suspek berusia 40-an didapati cuba melepaskan tembakan ke arah pihak polis dalam Operasi Tebuk ini.

“Semasa proses melakukan tangkapan cuba dibuat, suspek dikesan melepaskan tembakan secara tiba-tiba sehingga berlaku situasi berbalas tembakan dan dalam usaha mempertahankan diri, polis dapat menembak mati semua mereka.

“Hasil pemeriksaan polis mendapati suspek bersenjatakan dua parang dan dua pistol yang digunakan untuk menyerang pihak polis,” katanya di lokasi kejadian, di sini.

Dato' Rusdi berkata, hasil siasatan polis mendapati suspek dipercayai sering keluar dan masuk ke negara ini dan sudah mengaut RM4.3 juta hasil daripada jenayah pecah rumah, pecah pejabat sebelum menebuk peti besi dari premis yang menjadi sasaran mereka.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people, car and text
ArticlePublished 14 Nov 2024 6.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM