Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Tiga Penyeludup Senjata Api Tumpas Kena Tembak

Diterbitkan: 14 Nov 2024 5.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Georgetown, 14 November 2024 - Tiga lelaki warga tempatan yang disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan senjata api dan curi kenderaan mewali maut ketika berbalas tembak dengan polis di Jalan Changkat, Pulau Burung, Nibong Tebal semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tiga-penyeludup-senjata-api-tumpas-kena-tembak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:45 MYT
Georgetown, 14 November 2024 - Tiga lelaki warga tempatan yang disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan senjata api dan curi kenderaan mewali maut ketika berbalas tembak dengan polis di Jalan Changkat, Pulau Burung, Nibong Tebal semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah Hj. Ahmad berkata polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seberang Perai mengesan dua kereta mencurigakan sekitar jam 5.30 pagi ketika rondaan cegah jenayah.

Katanya, ketika memperkenalkan diri untuk pemeriksaan, suspek secara tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan polis.

“Anggota polis terbabit kemudian terpaksa melepas beberapa das tembakan bagi mempertahankan diri dan pemeriksaan mendapati kesemua suspek mati di tempat kejadian.

“Pemeriksaan lanjut menemukan sepucuk pistol semi auto Revolver dan kotak Bullet Master mengandungi sebanyak 50 peluru 9 mm Luger A USA, sekotak 9mm Luger mengandungi 44 peluru 9mm D621101, parang, kuku kambing dan tukul besi,” katanya pada sidang media di IPK Pulau Pinang, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and text
ArtikelDiterbitkan 14 Nov 2024 5.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM