Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Empat Sindiket Jerat Rakyat Kita Tumpas Sejak Ogos Tahun Lalu Kpn

Diterbitkan: 07 Nov 2023 2.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 7 November 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan empat sindiket penipuan pekerjaan membabitkan 12 warga tempatan yang dipercayai menjerat rakyat Malaysia untuk diperdagangkan di luar negara, termasuk negara jiran.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-empat-sindiket-jerat-rakyat-kita-tumpas-sejak-ogos-tahun-lalu-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:22 MYT
Kuala Lumpur, 7 November 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan empat sindiket penipuan pekerjaan membabitkan 12 warga tempatan yang dipercayai menjerat rakyat Malaysia untuk diperdagangkan di luar negara, termasuk negara jiran.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menjalankan pelbagai siri operasi bersepadu yang bertujuan membanteras dan mencegah sindiket penipuan kerja terutamanya ke atas ejen pekerjaan (recruiter), sejak Ogos tahun lalu.

Katanya, sindiket ini menawarkan pekerjaan terhadap warga negara Malaysia yang mahu berkhidmat di luar negara.

“Sebanyak empat siri operasi dijalankan dengan kejayaan menumpaskan empat sindiket di Lembah Klang dan Johor.

“Tangkapan seramai 12 orang iaitu lapan lelaki dan empat perempuan warga tempatan dilakukan dan mereka disiasat mengikut Seksyen 12 dan 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670),” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Mengulas lanjut, Tan Sri Razarudin berkata, tiga faktor utama yang dikesan PDRM menjadi punca sindiket itu bergerak aktif di negara iaitu tawaran pekerjaan yang menarik, peluang bekerja di luar negara dan kesedaran masyarakat.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
May be an image of 1 person and text that says 'sindiket jerat rakyat kita tumpas sejak Ogos tahun lalu Kuala Lumpur: Polis Diraja Ma- dijalankan dengan ke
ArtikelDiterbitkan 07 Nov 2023 2.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM