Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 424 Rakyat Kita Diperdaya Dibayar Gaji As Kpn

Diterbitkan: 07 Nov 2023 2.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 7 November 2023 - Tarikan gaji dalam dolar Amerika Syarikat (AS$) dan ditawar ‘bekerja'' di luar negara termasuk di Emiriah Arab Bersatu (UAE) antara modus operandi menipu rakyat Malaysia sehingga menjadi mangsa pemerdagangan manusia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-424-rakyat-kita-diperdaya-dibayar-gaji-as-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:57 MYT
Petaling Jaya, 7 November 2023 - Tarikan gaji dalam dolar Amerika Syarikat (AS$) dan ditawar ‘bekerja'' di luar negara termasuk di Emiriah Arab Bersatu (UAE) antara modus operandi menipu rakyat Malaysia sehingga menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia, seramai 424 rakyat negara ini iaitu 351 lelaki dan 73 wanita dipercayai terpedaya dengan sindiket penipuan kerja sejak September 2021 hingga 31 Oktober lalu.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, sindiket-sindiket menawarkan kerja melalui media sosial dan laman web pencarian pekerjaan.

Menurut beliau, terdapat mangsa yang terdesak untuk mencari pekerjaan dengan pendapatan lumayan selain ingin mengambil peluang bekerja di luar negara terpengaruh menerima tawaran sindiket.

Bagaimanapun, kata beliau, mangsa yang menerima tawaran tersebut dipaksa menjadi “scammer“ untuk Love Scam, sindiket perjudian dalam talian dan pelaburan palsu selain dihantar ke beberapa destinasi.

“Siasatan mendapati mereka dihantar ke Kemboja, Myanmar, Laos, Filipina dan negara UAE antaranya Dubai. Mangsa juga didakwa ditipu gaji, diugut, dikurung dan dicederakan sindiket.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 07 Nov 2023 2.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM