
Article
Keratan Akhbar Pilihan Empat Sindiket Jerat Rakyat Kita Tumpas Sejak Ogos Tahun Lalu Kpn
Kuala Lumpur, 7 November 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan empat sindiket penipuan pekerjaan membabitkan 12 warga tempatan yang dipercayai menjer...
Kuala Lumpur, 7 November 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan empat sindiket penipuan pekerjaan membabitkan 12 warga tempatan yang dipercayai menjerat rakyat Malaysia untuk diperdagangkan di luar negara, termasuk negara jiran.
Katanya, sindiket ini menawarkan pekerjaan terhadap warga negara Malaysia yang mahu berkhidmat di luar negara.
“Sebanyak empat siri operasi dijalankan dengan kejayaan menumpaskan empat sindiket di Lembah Klang dan Johor.
“Tangkapan seramai 12 orang iaitu lapan lelaki dan empat perempuan warga tempatan dilakukan dan mereka disiasat mengikut Seksyen 12 dan 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670),” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Mengulas lanjut, Tan Sri Razarudin berkata, tiga faktor utama yang dikesan PDRM menjadi punca sindiket itu bergerak aktif di negara iaitu tawaran pekerjaan yang menarik, peluang bekerja di luar negara dan kesedaran masyarakat.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.