Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Empat Lelaki Myanmar Diberkas Lombong Emas Haram Di Jeli 20250811

Published: 11 Aug 2025 1.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 10 Ogos 2025 - Polis membongkar aktiviti lombong emas haram di Jeli, Kelantan dan menahan empat lelaki warga Myanmar dengan nilai rampasan lebih RM1 juta pada Jumaat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-empat-lelaki-myanmar-diberkas-lombong-emas-haram-di-jeli-20250811
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:34 MYT
Kuala Lumpur, 10 Ogos 2025 - Polis membongkar aktiviti lombong emas haram di Jeli, Kelantan dan menahan empat lelaki warga Myanmar dengan nilai rampasan lebih RM1 juta pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim berkata, serbuan pada jam 2 pagi itu hasil risikan Cawangan Risik Pasukan Simpanan Persekutuan Bukit Aman dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, Operasi Bersepadu Khazanah itu dilaksanakan di kawasan sawit Ladang Tapis, Bukit Jering, Jeli.

“Kesemua suspek yang ditahan itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah serta lesen perlombongan yang sah,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Dato’ Sri Azmi berkata, dua unit excavator, dua unit mesin pam penyedut berserta hos, dua unit palung melombong, anak kunci jentera dan peralatan berkaitan telah dirampas.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 11 Aug 2025 1.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM