Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Empat Inspektor Wanita Jadi Kumpulan Pertama Juruterbang Pgu

Diterbitkan: 12 Sep 2023 3.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ipoh, 12 September 2023 - Empat pegawai polis berpangkat Inspektor mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi kumpulan pertama juruterbang wanita bagi Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-empat-inspektor-wanita-jadi-kumpulan-pertama-juruterbang-pgu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:20 MYT
Ipoh, 12 September 2023 - Empat pegawai polis berpangkat Inspektor mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi kumpulan pertama juruterbang wanita bagi Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia.

Inspektor Wan Aulia Hami Fariheen Wan Azulkefeli, 31 tahun, Inspektor Yeoh Yee Chee, 31 tahun, Inspektor Siti Nabila Abdullah, 33 tahun dan Inspektor Nur Hidayah Mohd. Aisa, 33 tahun, antara 12 juruterbang PGU yang berjaya menamatkan kursus Private Pilot''s Licence (PPL) No. 19, Siri 01/2021.

Pemilihan mereka itu selepas 44 tahun PGU ditubuhkan pada 1 Februari 1979.

Keempat-empat mereka dianugerahkan lencana sayap juruterbang yang disematkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay sempena Hari Ulang Tahun PGU ke-44 di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara PDRM, di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

May be an image of text that says 'Empat Inspektor wanita jadi kumpulan pertama juruterbang PGU IPOH: Empat pegawai polis ber- kumpulan pertama Timbalan Ke
ArtikelDiterbitkan 12 Sep 2023 3.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM