Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Ai Usah Percaya Bulat Bulat

Diterbitkan: 12 Sep 2023 3.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 12 September 2023 - Aktiviti jenayah siber seperti penipuan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dijangka lebih meluas di negara ini apabila teknologi itu digunakan sepenuhnya dalam masa terdekat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-ai-usah-percaya-bulat-bulat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:38 MYT
Kuala Lumpur, 12 September 2023 - Aktiviti jenayah siber seperti penipuan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dijangka lebih meluas di negara ini apabila teknologi itu digunakan sepenuhnya dalam masa terdekat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penipuan itu mungkin sudah berlaku di negara ini namun ia belum meluas.

"Menerusi teknologi AI penjenayah siber bertindak lebih ke hadapan apabila boleh menggunakan rakaman video atau gambar palsu “deepfakes” berasaskan AI untuk membuat pemerasan dan panggilan palsu bagi mendapatkan wang dengan cara mudah.

"Bukan sahaja suara, malah video dan gambar juga boleh di olah menggunakan AI oleh pelaku untuk menipu mangsa. Mereka juga dikesan menggunakan teknik “natural language” (bahasa natural), gaya suara seseorang boleh ditiru dengan mudah, malah dalam apa bahasa sekalipun yang menggambarkan ia adalah suara mangsa," katanya kepada Harian Metro.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 1 person and text that says 'Oleh Hafidzul Hilmi Mohd tural m@hmetro.com.my teknik AI: Usah percaya bulat bulat-bulat Aktiviti jenayah t
ArtikelDiterbitkan 12 Sep 2023 3.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM