Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Empat Bulan Tak Bayar Gaji

Published: 16 Dec 2023 2.17 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-empat-bulan-tak-bayar-gaji
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:08 MYT
Gombak, 16 Disember 2023 - Pintu keluar kilang dikawal ketat penjaga khas manakala buruh paksa yang diambil bekerja tidak dibayar gaji sejak empat bulan lalu.
Itu nasib menimpa dua warga asing disyaki dieksploitasi sebagai buruh paksa sebelum diselamatkan oleh pihak polis menerusi Op Bersepadu TIP di kawasan Perindustrian Kundang, Rawang di sini, kelmarin.

Kedua-dua mangsa warga Indonesia dan Myanmar itu diselamatkan anggota Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Ketua Penolong Pengarah (D3) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, SAC Soffian Santong berkata, kedua-dua mangsa dipaksa bekerja selama 12 jam setiap hari.
Menurutnya, serbuan jam 4.10 petang itu dijalankan bersama pegawai Jabatan Tenaga Kerja Selangor.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
 
ArticlePublished 16 Dec 2023 2.17 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM