Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Dua Remaja Warga Myanmar Diselamatkan Dalam Serbuan Ke Atas Kilang Barang Lusuh Tanpa Lesen

Diterbitkan: 23 Jul 2023 5.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Shah Alam, 23 Julai 2023 - Terpaksa tinggal dikelilingi timbunan barangan lusuh dan menjadi buruh paksa dalam persekitaran berbahaya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-dua-remaja-warga-myanmar-diselamatkan-dalam-serbuan-ke-atas-kilang-barang-lusuh-tanpa-lesen
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:38 MYT
Shah Alam, 23 Julai 2023 - Terpaksa tinggal dikelilingi timbunan barangan lusuh dan menjadi buruh paksa dalam persekitaran berbahaya.
Itu antara kesukaran dihadapi dua remaja warga Myanmar berusia 16 dan 17 tahun yang diselamatkan polis hasil serbuan Op Pintas di sebuah kilang barang lusuh tanpa lesen di sekitar Bukit Kemuning di sini, petang kelmarin.

Dalam serbuan jam 4.30 petang, puluhan warga asing bertempiaran lari apabila kilang memproses barang elektronik lusuh yang dikendalikan enam lelaki warga China itu diserbu polis.
Bagaimanapun, cubaan warga asing yang memanjat pagar untuk melarikan diri dipatahkan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Penolong Pengarah D3 Atipsom, JSJ Bukit Aman, SAC Fadil Hj. Marsus berkata, serbuan dijalankan bersama pasukan Task Force Pejabat Strategik Nasional (NSO) Majlis Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (MAPO).
“Selain itu, 52 warga asing termasuk dua wanita berusia 22 hingga 45 tahun ditahan untuk tindakan mengikut Akta Imigresen 1969/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Warga asing yang ditahan membabitkan 22 warga Myanmar, Bangladesh (16 individu), China (11 individu), Kemboja (2 individu) dan seorang Nigeria,” katanya.
Katanya, pihaknya turut menahan enam lelaki warga China berusia 25 hingga 42 tahun yang berperanan sebagai pengurus kilang serta pembantu pengurus.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 23 Jul 2023 5.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM