Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Dua Penjenayah Mati Kena Tembak Di Hentian Rehat

Published: 03 Jun 2024 7.03 AM Updated: 15 Aug 2026 8.08 PM
Hulu Selangor, 3 Jun 2024 - Polis menembak mati dua penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di Hentian Sebelah Tanjung Malim arah Utara, Kilometer 396.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), di sini, malam kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-dua-penjenayah-mati-kena-tembak-di-hentian-rehat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:24 MYT
Hulu Selangor, 3 Jun 2024 - Polis menembak mati dua penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di Hentian Sebelah Tanjung Malim arah Utara, Kilometer 396.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan, berkata polis Kontinjen Selangor menerima laporan berhubung kejadian pada jam 11.32 malam.
“Kejadian berlaku apabila sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak mengekori Proton Waja berwarna kelabu dalam keadaan mencurigakan.

‘Apabila suspek menyedari diekori, mereka cuba melarikan diri dan memasuki Lebuhraya PLUS arah utara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Berbalas tembakan beliau berkata, polis mengejar suspek sehingga ke Hentian Sebelah Tanjung Malim dan berjaya menghentikan kenderaan.

“Ketika kejadian, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis. Polis kemudian membalas tembakan sehingga keadaan selamat,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran

 
ArticlePublished 03 Jun 2024 7.03 AMUpdated 15 Aug 2026 8.08 PM