Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Dua Juruterbang Sempat Keluar Guna Kerusi Anjal Polis

Published: 19 Nov 2021 3.34 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Seberang Perai, 19 Novermber 2021 - Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mengendalikan pesawat pejuang Hawk 108, cuba menyelamatkan diri apabila sempat keluar dari pesawat menggunakan kerusi anjal.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-dua-juruterbang-sempat-keluar-guna-kerusi-anjal-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:26 MYT
Seberang Perai, 19 Novermber 2021 - Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mengendalikan pesawat pejuang Hawk 108, cuba menyelamatkan diri apabila sempat keluar dari pesawat menggunakan kerusi anjal.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan awal mendapati pesawat dikendalikan dua juruterbang itu berlepas dari Lapangan Terbang Pangkalan Udara Butterworth bagi menjalani latihan penerbangan malam.

"Ia dilakukan di ruang udara Pangkalan Udara Butterworth dan sesi latihan berlangsung selama satu jam sebelum dilaporkan terhempas dan menyebabkan letupan.

"Kedua-dua juruterbang itu sempat keluar dari pesawat menggunakan kerusi anjal. Seorang daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi cedera," katanya.

Dato’ Mohd Shuhaily ditemui media ketika Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam dekat sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Berita Harian Online.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 19 Nov 2021 3.34 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM