
Article
Keratan Akhbar Pilihan Dua Gol Ifedayo Julang Pdrm
Pengendali Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC, P. Maniam memuji impak yang dipamerkan penyerang import sensasi, Ifedayo Olusegun selepas menewaskan Perak FC 3-2 d...
Pengendali Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC, P. Maniam memuji impak yang dipamerkan penyerang import sensasi, Ifedayo Olusegun selepas menewaskan Perak FC 3-2 dalam aksi Liga Super kelmarin.
Pada aksi di Stadium Perak, Ipoh, Ifedayo meledak dua gol, manakala satu lagi jaringan dilakukan oleh Bruno Suzuki untuk menghadiahkan kemenangan pertama musim ini buat "The Cops".
“Kita boleh lihat Ifedayo masih lagi memiliki naluri di hadapan gawang gol, tetapi aksi bertemu Kedah Darul Aman minggu lalu, dia tidak bernasib baik ketika peluang satu lawan satu dengan penjaga gol.
“Kini, dia menebus kecewa dengan meledak dua gol buat pasukan sedangkan kedua-dua jaringan tersebut dilakukan daripada sudut yang sukar dan kami gembira dengan prestasinya," katanya.
Ikuti temubual lanjut oleh Pengendali PDRM Football Club, P. Maniam mengenai kejayaan pemain Ifedayo julang kemenangan buat PDRM dalam aksi Liga Super menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.