Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Dua Dalang Kes Rusuhan Di Depot Tahanan Diberkas

Published: 23 Apr 2022 4.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bandar Baharu, 23 April 2022 - Polis berjaya menahan dua lelaki Rohingya yang dipercayai menjadi dalang rusuhan seterusnya menyebabkan 528 tahanan lolos dari Depot Imigresen Sementara Relau di sini, Rabu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-dua-dalang-kes-rusuhan-di-depot-tahanan-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:14 MYT
Bandar Baharu, 23 April 2022 - Polis berjaya menahan dua lelaki Rohingya yang dipercayai menjadi dalang rusuhan seterusnya menyebabkan 528 tahanan lolos dari Depot Imigresen Sementara Relau di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Kedah, CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata, dua suspek berusia 30 dan 34 tahun itu ditahan di kawasan pencarian di daerah ini kelmarin.

"Dua suspek itu ialah Nur Karim Shir yang juga suspek utama dan kedua ialah Mohamed Ali, 30 tahun," katanya pada sidang akhbar di Bukit Tok Non di sini, semalam.

Kata beliau, dua lagi dalang dikenali sebagai Muhammad Salim Nur Amin, 21 tahun dan Mohd. Yunus, 44 tahun, masih bebas dan kini sedang diburu.

Siasatan dilakukan kerana merusuh mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Beliau pada sama meminta orang ramai agar tidak melindungi tahanan yang masih bebas.

"Kita percaya 88 tahanan termasuk lapan kanak-kanak yang masih bebas ini dalam kelaparan.

"Mereka akan masuk ke kawasan perumahan, jadi saya minta penduduk tidak membantu mereka sebaliknya melaporkan terus kepada pihak polis," ujarnya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 3 people, outdoors, tree and text that says 'BANDAR BAHARU Polis dalang Dua dalang kes rusuhan di depot tahanan diberkas seterusnya Komi
ArticlePublished 23 Apr 2022 4.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM