
Article
Keratan Akhbar Pilihan Dua Anggota Abu Sayyaf Mahu Culik Pemilik Ladang Mati Ditembak
Sandakan, 21 Ogos 2021 - Dua anggota Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) yang ditembak mati pihak berkuasa di sebuah ladang sawit di Pulau Timbang kira-kira enam kilomet...
Sandakan, 21 Ogos 2021 - Dua anggota Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) yang ditembak mati pihak berkuasa di sebuah ladang sawit di Pulau Timbang kira-kira enam kilometer dari sini, pagi semalam dipercayai merancang menculik pemilik ladang untuk dapatkan wang tebusan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Hazani Ghazali berkata, rancangan mereka itu digagalkan apabila ia didedahkan oleh seorang ketua kumpulan kecil Kumpulan Abu Sayyaf, Sansibar Bencio yang ditahan di Taman Sri Arjuna, Beaufort pada Mei lalu ketika siasatan dilakukan.
"Operasi ini dilancarkan selepas Bencio mendedahkan dia telah mengarahkan dua anggota yang ditembak itu untuk menculik dua pemilik ladang kelapa sawit berketurunan Cina yang tinggal di Sandakan dan Sukau (Kinabatangan) untuk mendapatkan wang tebusan.
Tindakan itu bagi memberi dana kepada kumpulan di markas timur Sulu di Kompleks Bud Bawis, Panamao, Sulu, Selatan Filipina," katanya pada sidang media, semalam.
Datuk Hazani berkata, dua anggota militan yang maut itu dikenali sebagai Rakim Landasan dan Alnasir Landasan berumur antara 30 dan 40 tahun, ditembak mati jam 5.00 pagi selepas berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di ladang berkenaan.
Bacaan lanjut Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.