Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Doktor Jual Sijil Vaksin Palsu Ditahan

Published: 11 Jan 2022 3.21 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Terengganu, 11 Januari 2022 - Kegiatan seorang doktor ‘antivaksin’ mengeluarkan sijil vaksinasi palsu kepada individu yang tidak mahu disuntik vaksin COVID-19 akhirnya terbongkar selepas dia ditahan sepasukan polis pada Sabtu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-doktor-jual-sijil-vaksin-palsu-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:30 MYT
Kuala Terengganu, 11 Januari 2022 - Kegiatan seorang doktor ‘antivaksin’ mengeluarkan sijil vaksinasi palsu kepada individu yang tidak mahu disuntik vaksin COVID-19 akhirnya terbongkar selepas dia ditahan sepasukan polis pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa berkata, tangkapan terhadap doktor lelaki berusia 51 tahun sebuah klinik swasta di Marang itu dilakukan selepas menerima maklumat orang awam berhubung aktiviti berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, klinik swasta itu mendapat kebenaran memberi suntikan vaksin COVID-19 secara berbayar sejak September lalu dan dalam tempoh empat bulan, seramai 1,900 individu telah mendapat sijil vaksinasi COVID-19 daripada doktor berkenaan.

“Bagaimanapun, tidak semua sijil vaksin itu palsu dan kita sedang menyiasat berapa individu yang benar-benar menerima suntikan dan tidak disuntik,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini pada Isnin, semalam.

Menurut Dato’ Rohaimi, klinik swasta itu menawarkan perkhidmatan suntikan vaksin berbayar kepada orang ramai dengan bayaran antara RM400 hingga RM600 namun bagi mereka yang tidak mahu disuntik, sijil vaksin tetap dikeluarkan.

Beliau berkata, penjualan sijil vaksin palsu itu dipromosikan dan dijalankan secara dalam talian kepada golongan ‘antivaksin’ dan beberapa ejen turut diupah dengan bayaran RM50 bagi setiap pelanggan yang membeli sijil berkenaan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 3 people and text that says 'DALANG SIJIL VAKSIN PALSU DITAHAN Keglatan daktor Rohaimi vaksinas kepada dalam Doktor jual sijil vaksin pa
ArticlePublished 11 Jan 2022 3.21 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM