
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Diselamatkan Sekali Tapi Pergi Semula Jadi Scammer
Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia mula menerima maklumat kewujudan sindiket yang menawarkan pekerjaan kepada warga tempatan bermula September 2021. Bacaan...
KERATAN AKHBAR PILIHAN: DISELAMATKAN SEKALI, TAPI PERGI SEMULA JADI “SCAMMER”
Kuala Lumpur, 7 September 2024 - Mendakwa diri menjadi mangsa, tetapi sebenarnya mereka seronok mengaut ‘habuan’ upah melakukan jenayah “scammer” di luar negara.
Itu situasi terhadap sebilangan rakyat Malaysia yang diselamatkan pihak berkuasa daripada sindiket pekerjaan di luar negara apabila mereka kembali semula menjalankan aktiviti haram itu selepas diselamatkan pihak berkuasa.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Soffian Santong berkata, faktor berlakunya perkara ini dipercayai kerana tawaran gaji lumayan serta kemudahan fasiliti disediakan sindiket kepada mereka yang berjaya melakukan tugas dengan baik.
Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia mula menerima maklumat kewujudan sindiket yang menawarkan pekerjaan kepada warga tempatan bermula September 2021.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.