
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Jspt Laksana Penguatkuasaan Penuh Kekang Nahas Operasi Besar Besaran
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
KERATAN AKHBAR PILIHAN: JSPT LAKSANA PENGUATKUASAAN PENUH KEKANG NAHAS, OPERASI BESAR-BESARAN
Bentong, 7 September 2024 - Polis akan melakukan penguatkuasaan penuh dengan mempertingkatkan operasi di seluruh negara dan tidak akan berkompromi dengan enam kesalahan trafik utama sebagai usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya yang masih meningkat.
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, enam kesalahan utama itu termasuk memandu melebihi had laju dan di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar dan barisan, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan alat komunikasi.
Katanya, pendekatan berteraskan “total enforcement and excellent delivery services” akan dilaksanakan bertujuan mendidik pengguna jalan raya agar lebih berhemah, mengurangkan kadar kemalangan biasa dan maut di samping memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
“Aspek keselamatan terus menjadi fokus utama kami, semua jentera JSPT akan digerakkan bagi tujuan mengawal lalu lintas, risikan operasi dan pemantauan di kawasan kerap berlaku kemalangan.
“Jentera itu termasuk Kenderaan Peronda Lebuh Raya, Unit Siasatan Lebuh Raya, Unit Risikan dan Operasi Kontinjen dan Daerah akan digerakkan secara optimum bagi menjayakan kempen keselamatan jalan raya itu,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.