Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Diselamatkan Sekali Tapi Pergi Semula Jadi Scammer

Published: 07 Sep 2024 4.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia mula menerima maklumat kewujudan sindiket yang menawarkan pekerjaan kepada warga tempatan bermula September 2021. Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-diselamatkan-sekali-tapi-pergi-semula-jadi-scammer
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:57 MYT
KERATAN AKHBAR PILIHAN: DISELAMATKAN SEKALI, TAPI PERGI SEMULA JADI “SCAMMER”
Kuala Lumpur, 7 September 2024 - Mendakwa diri menjadi mangsa, tetapi sebenarnya mereka seronok mengaut ‘habuan’ upah melakukan jenayah “scammer” di luar negara.
Itu situasi terhadap sebilangan rakyat Malaysia yang diselamatkan pihak berkuasa daripada sindiket pekerjaan di luar negara apabila mereka kembali semula menjalankan aktiviti haram itu selepas diselamatkan pihak berkuasa.
Mereka seolah-olah tidak serik apabila pergi semula ke negara tempat mereka menjadi mangsa di luar negera seperti Kemboja, Myanmar, Laos dan Thailand untuk menjadi “scammer” semula.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Soffian Santong berkata, faktor berlakunya perkara ini dipercayai kerana tawaran gaji lumayan serta kemudahan fasiliti disediakan sindiket kepada mereka yang berjaya melakukan tugas dengan baik.
Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia mula menerima maklumat kewujudan sindiket yang menawarkan pekerjaan kepada warga tempatan bermula September 2021.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 07 Sep 2024 4.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM