Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Datang Kl Untuk Test Kelajuan Motosikal Milik Pelanggan

Diterbitkan: 18 Dec 2023 3.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Difahamkan, pemuda yang bekerja sebagai mekanik itu ditahan kira-kira jam 2 pagi menerusi Op Motosikal oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur (KL).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-datang-kl-untuk-test-kelajuan-motosikal-milik-pelanggan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:26 MYT
Kuala Lumpur, 18 Disember 2023 - Sanggup datang ke ibu negara dari Puchong, Selangor bersendirian untuk menduga kelajuan motosikal yang diubah suai, namun tindakan itu hanya menjerat diri selepas ditahan polis di sini pada Ahad.

Difahamkan, pemuda yang bekerja sebagai mekanik itu ditahan kira-kira jam 2 pagi menerusi Op Motosikal oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur (KL).

Sinar Harian yang menyertai operasi terbabit mendapati pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Aidil, 21, mendakwa motosikal jenis Yamaha 135LC ditunggangnya ialah milik pelanggannya.

"Motosikal ini sudah diubah suai ekzos, brek belakang serta enjin dengan modal kira-kira RM7,000 dan boleh capai kelajuan hingga 200 kilometer sejam.

"Saya datang seorang ke Kuala Lumpur ini untuk 'test' motosikal. Saya reda ditahan, saya sudah hubungi pemiliknya untuk jelaskan kes ini,” katanya ketika ditemui di lokasi operasi di sini pada Ahad.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 7 people, slow loris and text that says 'Puchong Datang KL untuk 'test' kelajuan motosikal milik pelanggan LUMPUR Sanggup nega
ArtikelDiterbitkan 18 Dec 2023 3.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM