Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Dadah Dirampas Bernilai Rm2 08 Juta Dilupus

Published: 10 Jul 2026 3.42 AM Updated: 15 Aug 2026 7.51 PM
Seremban, 10 Julai 2026 - Cecair Ganja dan Ketamin yang dimasukkan dalam peranti rokok elektronik atau vape antara dadah bernilai RM2.08 juta dilupuskan Polis Kontinjen Negeri Sembilan, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-dadah-dirampas-bernilai-rm2-08-juta-dilupus
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:44 MYT
 
Seremban, 10 Julai 2026 - Cecair Ganja dan Ketamin yang dimasukkan dalam peranti rokok elektronik atau vape antara dadah bernilai RM2.08 juta dilupuskan Polis Kontinjen Negeri Sembilan, semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Alzafny Ahmad berkata, semua eksibit itu adalah hasil daripada serbuan serta rampasan yang dilakukan dan sudah selesai prosiding mahkamah.

"Pelupusan membabitkan kes di semua daerah di Negeri Sembilan. Antara dadah dilupuskan adalah Heroin sebanyak 7,795.57 gram (g), Ganja (4890.52 g), Syabu (13280.07 g), dan Ketamin (2120.16 g).

"Terdapat cecair vape/Ketamin (75.56 liter), cecair Ganja (15.50 mililiter (ml) dan cecair Ketamin (0.01 ml)," katanya pada sidang media Pelupusan Barang Kes Dadah, di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of jeep and text that says 'Dadah dirampas bernilai RM2.08j dilupus Seremban: Cecair ganja Negeri Sembilan. Antara 2,184 kertas siasatan da
ArticlePublished 10 Jul 2026 3.42 AMUpdated 15 Aug 2026 7.51 PM