Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Cuti Semua Polis Dibekukan

Diterbitkan: 13 Jan 2021 12.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 13 Januari 2021 - Cuti kesemua anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibekukan bagi sepanjang tempoh pelaksanaan darurat di seluruh negara dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di enam negeri bermula hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-cuti-semua-polis-dibekukan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:43 MYT

#PKP #PKPB #COVID-19

Kuala Lumpur, 13 Januari 2021 - Cuti kesemua anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibekukan bagi sepanjang tempoh pelaksanaan darurat di seluruh negara dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di enam negeri bermula hari ini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador memberitahu Utusan Malaysia, cuti-cuti yang mempunyai alasan mendesak sahaja akan dibenarkan.

"Banyak pengalaman telah ditimba daripada penugasan PKP peringkat pertama dahulu, adalah diharapkan petugas di bawah cekap mengesan mana-mana individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

"Ketegasan PDRM adalah semata-mata bagi mencapai matlamat PKP ini untuk mengurangkan 'contact' sesama manusia," katanya.

Dalam perkembangan sama, Tan Sri Abdul Hamid memberitahu, tugasan PDRM tidak berubah melainkan penguatkuasaan lebih tegas akan dilakukan sepanjang tempoh sama.

Jelasnya, penegasan penguatkuasaan itu juga terpakai di enam negeri lain yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan sebagai langkah proaktif membendung COVID-19.

"Pengisytiharan darurat tidak mengubah atau membezakan penugasan penguatkuasaan PKP dan PKPB yang akan mengambil tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” ujarnya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia di lampiran.

Sumber: Utusan Malaysia

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN 

Image may contain: one or more people and people on stage, text that says 'Penugasan PDRM tidak berubah Cuti semua polis dibekukan LUMPUR: dibenarkan. peng

ArtikelDiterbitkan 13 Jan 2021 12.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM