
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Cubaan Seludup Pokok Rm2 Juta Gagal
Rantau Panjang, 7 Februari 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan kegiatan penyeludupan pokok hiasan dan pokok durian serta petai dari Thailand membabitk...
Rantau Panjang, 7 Februari 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan kegiatan penyeludupan pokok hiasan dan pokok durian serta petai dari Thailand membabitkan nilai lebih RM2 juta menerusi dua rampasan di sini, kelmarin.
Rampasan pertama jam 9 pagi di Batu Karang sebelum rampasan kedua jam 12.20 tengah malam kelmarin di hadapan Lembaga Kemajuan Ikan Rantau Panjang.
Komander Briged Tenggara PGA, SAC Dato' Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, serbuan pertama dilakukan selepas pihaknya menahan lori dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 1,500 anak pokok pelbagai buah-buahan seperti durian Monthong, dokong dan petai dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam lori terbabit.
“Tanaman ini disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit. Suspek seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup tanaman itu ke pasaran tempatan.
“Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM800,000 dan kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5. Suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.