Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Crime Alert Tikam Nombor Secara Online

Published: 06 Mar 2023 3.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 6 Mac 2023 - Jika dulu sindiket pertaruhan nombor ekor haram menjadikan bengkel motosikal, kedai menjual alat telekomunikasi dan kedai runcit sebagai ‘markas' operasi namun mereka kini bergerak umpama halimunan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-crime-alert-tikam-nombor-secara-online
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:02 MYT
Kuala Lumpur, 6 Mac 2023 - Jika dulu sindiket pertaruhan nombor ekor haram menjadikan bengkel motosikal, kedai menjual alat telekomunikasi dan kedai runcit sebagai ‘markas' operasi namun mereka kini bergerak umpama halimunan.

Sindiket berkenaan dikesan menggunakan modus operandi baharu apabila bergerak secara ‘nomad' dan sering berpindah randah dari bagi menjalankan kegiatan haram itu.

Sindiket itu yang turut dikaitkan dengan rangkaian perjudian antarabangsa dan organisasi tersusun dilihat memperhebatkan promosi melalui laman sosial bagi menarik penyertaan kaki judi tempatan.

Harian Metro yang menjejaki sindiket berkenaan mendapati laman media sosial seperti Facebook (FB), kiriman SMS, aplikasi WhatsApp, Telegram dan WeChat menjadi tumpuan sindiket mendapatkan pelanggan.

Siasatan wartawan juga mendapati sindiket nombor haram ini turut menggunakan kenderaan seperti motosikal dan kereta sebagai premis judi bergerak.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkata, trend atau modus operandi sindiket sentiasa berubah selari dengan perkembangan teknologi terkini.

Ikuti kupasan lanjut oleh Pengarah JSJ, CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkenaan modus operandi terbaharu sindiket perjudian menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'Tikam nombor secara online Sindiket judi nombor ekor haram kini beroperasi secara nomad, halimunan Oleh Sku
 
ArticlePublished 06 Mar 2023 3.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM