
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Crime Alert Tikam Nombor Secara Online
Kuala Lumpur, 6 Mac 2023 - Jika dulu sindiket pertaruhan nombor ekor haram menjadikan bengkel motosikal, kedai menjual alat telekomunikasi dan kedai runcit seb...
Kuala Lumpur, 6 Mac 2023 - Jika dulu sindiket pertaruhan nombor ekor haram menjadikan bengkel motosikal, kedai menjual alat telekomunikasi dan kedai runcit sebagai ‘markas' operasi namun mereka kini bergerak umpama halimunan.
Sindiket berkenaan dikesan menggunakan modus operandi baharu apabila bergerak secara ‘nomad' dan sering berpindah randah dari bagi menjalankan kegiatan haram itu.
Harian Metro yang menjejaki sindiket berkenaan mendapati laman media sosial seperti Facebook (FB), kiriman SMS, aplikasi WhatsApp, Telegram dan WeChat menjadi tumpuan sindiket mendapatkan pelanggan.
Siasatan wartawan juga mendapati sindiket nombor haram ini turut menggunakan kenderaan seperti motosikal dan kereta sebagai premis judi bergerak.
Mengesahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkata, trend atau modus operandi sindiket sentiasa berubah selari dengan perkembangan teknologi terkini.
Ikuti kupasan lanjut oleh Pengarah JSJ, CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkenaan modus operandi terbaharu sindiket perjudian menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.